Selalu memasak mesti tong gas pun asyik bertukar. Kos satu tong gas pun dah mahu cecah RM30.00 kan? Kita kalau masak mahu cepat dan tak mahu api perlahan, banyak kerja lain menunggu. Tambah-tambah lagi bulan puasa sudah hampir, pasti dalam musim Ramadhan nanti, setiap hari memasak malah lebih kerap berbanding hari biasa. Saat inilah kita cari cara untuk jimatkan gas. LB terjumpa satu alat semasa berkunjung ke kedai hardware.
Letakkan tungku dawai itu atas dapur, macam dalam gambar. Tidak perlu dikemaskan dengan skru. Tapi tungku ini boleh diubah suai ketinggiannya mengikut struktur dapur. Untuk dapur LB, saya letak aja, tidak perlu skru.Hasilnya seperti gambar paling atas. Biasanya bila kita nyalakan dapur gas, api biru yang menyala. Dengan menggunakan tungku dawai ini, api kuning keemasan membentuk lingkaran. Kita tidak perlu nyalakan api besar kerana tungku ini membantu memanaskan periuk atau kuali. Selama sebulan LB menggunakannya, memang ia benar-benar menjimatkan. Memasak boleh dijimatkan tempohnya malah api menyala sekata dan membantu masakan kita masak rata. Jadi apa tunggu lagi, pergilah ke hardware, harganya cuma RM6.90 sahaja.
bagus-bagus..terima kasih kerna sharing.
ReplyDeleteKAT PANDAN INDAH NI ADA
ReplyDeleteKat hardware mana??? Saya duduk pandan indah gak...
ReplyDeleteazizan,
ReplyDeletenak senang awak pergi kedai cash converter sebelah Jakel ampang point, situ ada jual. Harganya lebih murah berapa sen
Mr D.I.Y ada jual..selamat mencuba
ReplyDelete