Monday, May 27, 2013

PINGGAN MANGKUK LAMA (PML)


Kali ni LB nak tayang 'my old collection'. 'Collection' LB ni ada yang LB simpan sejak zaman bujang dulu. Simpan bukan sebab minat atau hendak buat khazanah tapi nostalgia yang hidup bila tengok PML ni. Ada beberapa koleksi dalam almari LB dan yang wajibnya mestilah ada bunga kangkung dan bunga ros hitam. Kebanyakan pinggan ni datangnya dari China dan adalah satu dua datang dari Jepun dan England. Tapi itu bukan soalnya.  LB memang suka pinggan-pinggan ni. Entahlah waktu kawan-kawan berebut beli corelle dan vantage, kita sibuk cari porcelain china. Ini kerana kenangan lama, ingat masa kecil, masa kenduri di kampung - semua tu berhimpun dalam sepinggan Bunga Kangkung. 

Ini piring kuih, Rose jambatan namanya. Saya beli di Pulau Tikus,
Penang. Kira-kira 7 tahun lalu.
Ini pinggan lauk kecil, Coraknya moden tapi sesuai untuk buat hidangan,
macam letak sambal atau budu. Saya beli pinggan ini masa
main randai, selalu makan nasi padang.
Ini brand Johnson, saya baru beli di Ampcorp mall
dari kak fauziah (diva PML). Yang ini size kecil

Ini yang paling popular Bunga Kangkung. Ini saiz pinggan nasi.
Letak sayur atau sup pun sesuai. Saya beli dengan harga murah sebab
kedai tauke ini baru terbakar, rezeki saya.
Ini pun bunga kangkung tapi sizenya kecil, untuk hidang
pengat pisang sesuai. Ini saya simpan dari bujang lagi


Johnson, susah nak dapat ini. Bunga nya terang dan jelas.
Juga beli dari kak fauziah. Saya suka pinggan ni, ingat
arwah Tok Ngah ada pinggan ni.

Ini pun koleksi wajib bagi penggemar. Saya beli di kedai tauke
terbakar itu. Bersusun saya beli sebab dapat harga sangat
murah. Ini piring kuih, hidang kek atau cucur udang memang
sesuai.

Isteri saya pun tak tau nak kata apa dengan minat saya ni. Dia layan saja daripada saya buat benda yang dia tak suka. Tapi almari penuhlah dengan koleksi macam ni. Ada lagi dua tiga jenis PML yang ada. Nanti saya 'update'. Ada simpanan macam ni senang kalau buat makan-makan. Idea yang baik bila bulan puasa nanti, hidang guna pinggan ni, pasti nostalgia menggamit.


18 comments:

  1. banyaknye pinggan klasik. boleh buat koleksi dah ni..antik dan unik...kalau bekwoh kat teranung, masih ada yang guna pinggan ni.

    ReplyDelete
  2. entahlah Jaa... suka dan sayang kat barang lama ni. U datang rumah I hidang dengan pinggan ni

    ReplyDelete
  3. mana nak cari pinggan macam ni but dengan harga yang murah?

    ReplyDelete
  4. honey,
    sekarang harga dah naik sebab permintaan. Kalau di amcorp mall atau anggerik mall memang dah mahal. Cubalah cari di pasar karat petaling street atau ipoh mungkin masih murah. Nak lagi murah cari di kampung2 makcik yang nak let go koleksi mereka.

    ReplyDelete
  5. Do visit us at DamaiSouq @ KL.. Menjual pinggan mangkuk lama.. toys.. magazine, comic

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4793785620884&set=a.4793794341102&type=1&relevant_count=1

    ReplyDelete
  6. Ingatkan pompuan yg minat, rupenya lelaki pun ade minat kumpul pml ni

    ReplyDelete
  7. assalam , saya ada koleksi pinggan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. En amer hamzah ada koleksi pinggan mangkuk lama? Jual tak?

      Delete
    2. saya pun ada pinggan2x lama yg saya baru advertised di mudah.com n ada banyak lagi yg belum diiklankan. clearing our old hs di kg as no one staying @ kg. do contact me 0192884558

      Delete
    3. Hello, saya nak pingganlama tuan/puan.Pm harga. My hp no. 0198539366

      Delete
  8. Saya ada koleksi pinggan piring dan mangkuk lam ni.
    Kalau berminat saya boleh sent gambar.
    Saya nak clearkan arwah mak punya stok. Duitnya on maybe nak wakafkan pada mak saja.
    Tak boleh simpan. Memilukan hati bila terpandang. Kenanggan lama pasti menitiskan air mata.
    azmiron98@gmail.com

    ReplyDelete
  9. nak tanya, corak bunga kangkung tu original brand apa? china ke atau english?

    ReplyDelete
  10. Sya pun minat pingganmangkuk lama. Sya ada juga koleksi pinggan lama dan antik,barang koleksi arwah mak. Tpi sekarang nak tambah koleksi pinggan lama, bunga biru dari Johnson atau porselin China.Siapa2 yg nak let go pingganlama boleh wassap sya no. 0198539366,tkasih

    ReplyDelete
  11. Saya ada pinggang mangkuk lama dan duit syiling lama untuk dijual berminat pm 0168738441

    ReplyDelete
  12. Saya ada pinggang mangkuk lama dan duit syiling lama untuk dijual berminat pm 0168738441

    ReplyDelete
  13. Saya ada banyak pinggan bunga hitam
    Wassup saya 0172633062 utk foto

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...