Saturday, May 11, 2013

PULUT NYOR IKAN KERING


Kalau kat kampung dulu, sekali eskala Mek masak pulut ni. Sempena hari ibu ni, LB nok peringat kenangan makan pulut pagi. Al-maklumlah LB ni dari adik bradik ramai, 9 orang semuanya. jadi mek akan buat makanan yang boleh mengenyang dan sama rata untuk semua. Ingat balik sedih pun ado ni. Cara buat pulut pagi ni mudah saja, pejam mata saja sebab itu saya buat. Biasanya pulut ini kita makan pagi-pagi, nak lebih sedap makan masa hujan turun lebat kat luar, masa tu lah kita gaul pulut dengan nyiur, cobek ikan kering. Nih kat bawah resipinya.
Pulut Nyor Ikan Kering
ia perlu dipecahkan kepada empat bahagian berbeza, kemudian satukan dalam satu piring. Camna tu...hehehe

A. Pulut
Carilah beras pulut susu, ia berbeza sikit dengan beras pulut untuk buat ketupat palas. Macamana nak tau, beras pulut ni bijinya lebih kecil dan pendek berbanding dengan beras pulut untuk ketupat. Istimewa beras pulut ni, kita tak payah rendam lama sebab teksturnya memang mudah lembik. Ada sesetengah rendam dulu tapi saya rendam sekejap aja dalam setengah jam saja. Ada orang kukus tapi saya tanak saja. Ambillah beras pulut susu ni dengan sukatan airnya. Kalau kita tanak nasi biasanya air lebih dari sukatan beras kan? Tapi pulut ni kita sukat sama saja. terlebih air tu yang buat jadi lembik. Lepas tu, masukkan daun pandan. suka hatilah nak ikat nak potong suka hatilah.

B. Bertih (beras goreng)
ini kalu tak tahu memang tak payahlah nak masak; ambillah sekepal beras pulut tu- kemudian goreng atas kuali. jangan taruk minyak, orang kata sangai saja. Bila goreng tu jangan sampai dark brown, biar ia kuning emas.

C. Ikan kering Goreng
Tak ada ni memang tak kick. Saya suka guna ikan gelama belah sebab isinya lembut. kalau nak ikan kering lain boleh juga tapi Mek hambo dulu hidang dengan ikan kering ini. Macamana nak buat? Cuci pastu goreng.

D. Nyor Putih
Kalau dapat isi kelapa muda lagi baik tapi kat KL ni susah sikit. Jadi beli aja nyiur putih jangan diparut sampai ke tempurung. Warna koko tu tak cantik nanti. Ambil kelapa tu, sangai lah sekejap bagi kering sikit kalau nak terus makan pun boleh. Tapi ni cara sayalah, gaul sikit garam kasi lemak dia bangkit.

Jadi bila dah masaka, ceduk pulut, tabur nyior, tabur bertih lepas tu selit ikan kering. Boleh ulang dua tiga piring.

3 comments:

  1. mari lah kita bbadi...tapi LW klas lain sikit...atas sikit. Saya ni masak takda teori

    ReplyDelete
  2. my fav niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...