Friday, May 31, 2013

LINGUINE KURMA RADISH BERDAGING


Pernah makan pasta dengan kuah kurma? Saya berkreasi dengan bahan-bahan di dapur kerana memikirkan apa lagi yang mahu dihidang buat anak-anak semasa cuti sekolah ini. Anak-anak saya kaki makan, mesti ada makanan di dapur atau dalam peti ais. Jadi untuk mengawalnya, saya masaklah pasta linguine, supaya makannya tidak bertambah cukup sepinggan sahaja. Biasanya kita makan linguine dengan bolognaise atau kuah pedas cara melayu yang menggunakan daging cincang. Kalau kurma tentu sekali kita makan dengan nasi dan cukup lemak santannya. Tapi menu saya ni berbza sikit, ia tiada santan dan tiada daging cincang. Kuahnya tetap pekat bersalut dengan linguine. Macam mana, bunyinya pun dan terliur kan. Salinlah resipinya;

Bahan-bahan

Linguini satu pek (kalau tak habis, simpan esok. boleh buat goreng). Kita rebus linguine atau pasta lain ikut arahan pada plastiknya. Macam linguine, arahannya rebus selama 11 minit. Lepas rebus tos dan siram dengan sedikit minyak supaya linguine tidak melekat.
Daging 500g (eloknya daging batang pinang sebab senang dimakan dan kurang lemak). Potong nipis dalam saiz sederhana.
Rempah kurma Adabi - 1 pek
1 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - potong nipis
lobak putih - setengah batang sederhana besar dipotong nipis
6 biji tomato ceri dibelah dua
telur ayam 1 biji
tepung jagung 1 sudu makan
3 cawan air
garam
lada hitam
lada putih

Cara memasaknya: 
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Biar sehingga naik baunya dan layu. Masukkan rempah kurma yang telah digaul dengan sedikit air. Biarkan ia seketika sehingga sedikit kering. Masukkan daging dan gaulkan dengan rempah itu. Masukkan sikit garam. Biar seketika. Kemudian masukkan 3 cawan air ( tak perlu banyak sebab menu ini bukan berkuah).  Terus masukkan lobak putih. Biarkan daging dan lobak putih empuk. Perhatikan tekstur lobak putih, apabila ia seperti lutsinar, itu tandanya sangat sesuai untuk masukkan tomato ceri. Masukkan tepung jagung yang dicairkan bersama sebiji telur. Kacau sehingga ia pekat. renjiskan sedikit lagi garam, lada hita dan lada putih.

Kenapa saya gunakan lobak putih? satu sebab kerana mahu habiskan stok. Kedua sebab lobak putih ada tekstur seperti jeli apabila ia overcook. Itu yang buat ia masuk dengan kurma ini. Tambah-tambah lagi, lobak putih ini bagus untuk para ibu yang menyusu dan para suami yang menjaga kualitinya. Ehem-ehem.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...