Thursday, May 23, 2013

IKAN REBUS

Cara nak rebus: cuci ikan buang segala macam ,
 jangan tos terus susun dalam periuk.
susun ikan tu selang seli taburkan garam,
letakkan dua tiga keping asam gelugur,
satu sudu makan cuka (setengah org tak letak tapi
saya letak sebab ia bagi ikan tu firm dan berkilat).
masukkan setengah sukucawan air.
Tak perlu banyak air sebab ikan akan keluarkan jusnya.
masaklah hingga mendidih jangan sampai kering airnya. 
Air ikan rebus tu boleh diguna
sebagai perencah kepada singgang juga ya

Jangan lah marah kalau masakan ini pun LB nak buat 'entry'. Tapi sesungguhnya inilah menu kesukaan masa bujang dulu. Al-maklumlah masa bujang dulu tak ada peti ais, ikan yg dibeli nak disimpan tak ada peti sejuk, jadi rebuslah, boleh ulang panaskan dan bolehlah disimpan 2-3 hari. Cakap pasal ikan rebus ni, ada setengah tempat sebut ikan kukus tapi orang kelatan panggil ikan rebus. Sebab memang ikan itu direbus!!!

Bagi orang Kelantan, ikan rebus jadi punca kepada beberapa masakan. Kalau nak buat kuah laksa, gulai nasi berlauk atau dagang, goreng ikan atau sesetengah tu buat singgang pun guna ikan tongkol rebus. Ikan rebus ni sedap kalau dapat nasi panas, air cuka, garam dan lada burung penyet, memang sangkutlah makan nasi. Pernah cuba tak? Zaman kecik dulu, masa arwah Wan ada, dia selalu makan nasi ikan rebus cicah air cuka garam. Memang sedap. Ikan rebus juga sedap diletak dalam sayur lemak putih dan regukan sayur lemak tu dengan ikan rebus goreng dan budu perah limau nipis. Ada juga orang ambil isi ikan rebus letak sama dengan lada burung dalam budu, dimakan dengan nasi dan ulam-ulaman, memang berair mulut LB masa tulis ni.

Tak semua ikan sedap direbus, biasanya saya rebus ikan kembung, ayor (tongkol) dan selayang (sardin) sahaja. Sebab ikan ni tak bersisik dan punya rasa manis selepas direbus. Orang kata tiga jenis ikan ini banyak omega. Sampai sekarang saya memang suka rebus ikan. Bukan sebab tak ada peti ais tapi nostalgia dan cara hidup sudah begitu melekat. What to do?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...