Thursday, October 24, 2013

PINDANG SELAR MERTUA


Mertua saya sangat suka masak. Ia bagai terapi buatnya. Sejak saya kahwin badan naik bertingket-tingket! Mana tidaknya, ibu mertuaku ini kalau masak tidak boleh satu atau dua lauk dalam satu hidangan. Biasanya ada tujuh jenis masakan. Kami sangat biasa dengan tujuh hidangan, kalau hanya tiga atau empat ia jadi pelik atau ibu mertuaku akan kata "hari ini tak ada apa pun". Nak lebih seronok, saya, isteri dan anak-anak memang kaki makan. Makin syoklah ibu mertuaku masak. Bukan sekali tapi kerap dalam satu hidangan makan malam kami ada tujuh lauk bersama nasi dan makanan sampingan berupa laksa. Jadi apa nasib saya? Memang bertingket-tingket dan berjangkit-jangkit lemak menaik. Anak saya memang tidak pernah tidak ada selera makan. sehingga menjadi masalah kepada saya apabila mahu suruh anak berhenti makan. Risaulah bila anak perempuan berusia 8 tahun sudah 47kg beratnya.

Baiklah, kali ini saya mahu bagi resipi masakan pindang versi ibu mertuaku. Banyak sebenarnya resipi ibu mertuaku ini, tapi dek kerana saya pun bukan selalu temankan dia di dapur dan tidak cekap mengambil foto, maka terlepaslah banyak resipi. tapi Insyaa Allah saya cuba untuk ambil resipinya. Pindang ini dimasak kerana masa temankan ibu mertuaku ke pasar, dia tidak berapa berkenan dengan ikan-ikan. Katanya tidak segar macam di kampung. Lalu ikan selar kuning kecil sahaja yang menarik hatinya. Itulah yang membawa kepada masakan pindang ini.

Bahan-bahan:

bahan-bahan ini dikisar halus
4-6 biji cili padi hijau/merah
8 biji lada merah dibuang bijinya
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah

ikan selar kuning 8 ekor
2 batang serai dititik
3-4 keping asam keping
seikat daun kesum - ambil daunnya sahaja
air 4 gelas
garam

Masukkan bahan yang dikisar bersama air. Masukkan ikan dan rebus sehingga masak bahan dikisar itu. Masukkan serai dan asam keping. Masukkan garam dan sebelum angkat masukkan daun kesum.

Hidangkan bersama ikan goreng kunyit. Kalau ada ulam dan sambal lagi sedap.


3 comments:

  1. sebenaqnya kami tak panggil pindang.kami panggil asam pedas.utagha version hehe

    ReplyDelete
  2. Rasa sy masakan mak mertua puan ni namanya asam rebus...klu asam pedas jarang pkai serau...

    ReplyDelete
  3. bloqwalking cari resepi ikan selar..jmpe blog puan plak..rasanya memg name menu ni masak asam rebus..hii..sedap juga sesekali bile tak guna mnyak ni.. elok tuk kshatan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...