Makan nasi selalu pun bukan bagus kan? kalau tak makan nasi, kami di rumah masak pasta. Biasanya dalam stor kat rumah LB memang selalu simpan pasta - makaroni, fetucini, spageti, bermacam-macamlah yang bunyi italy itu. Konon nak jadi orang putih tapi pungkok hitam. Tapi LB rasa pasta sangat sesuai untuk ganti nasi dan kita boleh teroka macam-macam cara masak. Anak-anak LB pun suka. Kali ni LB masak sup dan istemewanya, ia berlaukkan Lala. Sangat mudah cara masaknya.
Bahan-bahan
Pasta - saya guna jenis 'spiral' tapi kalau mau jenis lain pun tak ada masalah. jenis kerang ke, makaroni, yang colorful ke, pun boleh. Ambillah dua cawan - rebuskan biar kenyal. Jangan lembut sebab lepas tu nak masuk dalam sup. Rebuslah dengan garam dan minyak zaitun.
Lala - Saya masukkan banyak sebab saya suka lala lebih banyak dari pasta. Dalam sekilo lala. Cucilah bersih kalau boleh bukakan kulitnya masa mencuci. Ada setengah lala berselut isinya. Tak mahulah hitam keruh pulak supnya.
Bahan menumis - minyak zaiton dalam 2 sudu makan, bawang putih 5 ulas, bawang besar selabu. Potong halus atau cincang sahaja.
Sayur - Cendawan jepun shimeiji (yang jual di supermarket tu, tengok gambar di bawah) ambil dalam segugus. Sawi putih dua pokok, cili merah. Kesemua sayur ni suka hati nak potong macam mana.
Perasa - garam, lada hitam dan lada sulah.
Tumis bahan-bahan untuk tumis, agak layu dan naik bau bawang itu, masukkan air 6 gelas kecil. Bila dah hampir mendidih tu masukkanlah sawi. Sekejap saja ya. Mendidih sup tu, masukkan lala, cendawan dan akhir sekali pasta. Jarak masa untuk masukkan 3 bahan tu jangan lama, masa ini kita kena bertindak cepat supaya cendawan, lala dan pasta tak lama atas dapur. Akhir sekali masukkan lada merah dan bahan perasa. Siap!
Ni lah cendawan shimeiji tu. terima kasih blo staranisecafe |
No comments:
Post a Comment