|
Tak boleh hidang di meja, kami ramai.
kenalah bentang tikar bersila ramai-ramai.
Mana yang susah bernafas tu, sila exercise lepas ni. |
Setiap kali Ramadhan datang, inilah saat yang selalu saya nantikan. Berkumpul adik-beradik yang tinggal di KL dan berbuka bersama-sama. Seronok bukan kepalang. Inilah caranya untuk kita mengubat rindu pada kampung halaman dan kenangan semasa kami serumah dengan Wan dan Mek. Kini, setelah kedua-dua Wan dan Mek tiada, kami tetap meneruskan tradisi, berbuka atau selalu sahaja buat makan-makan adik-beradik. Saya rasa aktiviti ini kena selalu buat, pertama untuk bangkitkan memori tetapi yang lebih penting adalah mengukuhkan silaturrahim kami adik-beradik, ipar-duai dan anak-anak dengan sepupunya. Ini juga supaya mereka merasai semangat kekeluargaan.
|
bila semua bersila melingkung hidangan, semangat tu datang tiba-tiba.
Lauk utama asam pedas ikan parang, gulai lemak pucuk paku, ikan &
ayam bakar, ayam goreng. Cukuplah lah tu. Yang lain sokongan saja. |
Dan setiap kali itu jugalah, biasanya rumah saya menjadi destinasi berkumpul. Alhamdulillah kerana ruang yang lebih luas dan selesa untuk ramai orang. lagi pun kedudukan rumah saya berada di anatra perjalanan adik-beradik yang lain. Saya memang seronok buat makan-makan macam ini. Suka masak dan menjamu orang datang, itu salah satu keseronokan saya.
|
masak lemak pucuk paku, ikan terubuk masin goreng limau, sambal putik pauh dan air asam ikan bakar |
Kali ini, kami tidak masak makanan yang biasa kami makan pada bulan Ramadhan. Jika tidak, tentunya kami masak nasi kerabu dan nasi ulam serta lauk-pauk yang selalu arwah Mek hidangkan. Tapi kali ini, memandangkan abang saya Dr.Ghaz kata nak makan ikan bakar, lalu saya perlulah sediakan menu yang sesuai digandingkan. Nantikan tak berpalut pulak. Untuk menambahkan seri berbuka kami, dan membawa kenangan semasa kecil, saya keluarkan pinggan mangkuk lama. Nampak gayanya sepanjang Ramadhan ni, memang inilah pinggan mangkuk yang akan kami gunakan di rumah. Bukan apa, saya pun nak juga menumpahkan memori kepada anak-anak. Nanti bila kita tak ada, mereka akan terkenangkan saya bila tengok pinggan mangkuk lama ini.
|
Inilah lauk bakarnya, 2 ekor siakap (lupa nak snap masa belum dicobek) dan seekor ayam |
Kalau boleh setiap hujung minggu, nak saja saya ajak adik-beradik berbuka bersama. Tapi memandangkan masing-masing ada kesibukan sendiri jadi dapat sekali pun jadilah. Kalau ada peluang lain, tentu awesome!
|
Ni aja yang saya makan pun |
pinggan lama tu sangat mengamit memori
ReplyDelete