Tuesday, May 28, 2013

LEMPENG TUNKU



LB susun lempeng selang seli dengan serunding daging.
memang sedap makan dengan serunding ni.
kenyang sampai ke petang.
Supaya teksturnya tak kering,
masa nak letak serunding tu, sapulah sikit mentega.
Pagi ni masak pancake, lempeng lah. Pancake konon. Sejak bila pulak nak tukar nama. Lempeng kan elok, kalau salah kita lempang saja. Salah juga lempar saja ke dinding. Baiklah, masa cuti sekolah ini, sekali sekala bawa anak makan kat luar ok lah, tapi poket bukan selalu kembung kan, jadi masa di rumah, LB belek-belek barang dan tenung-renung kisah lama, apa lagi, nostalgia menggamit memori lah. Teringat makan lempeng gandum cicah gula. Tapi kali ini LB buat istimewa sikit, campur aduk resepi barat dengan Melayu, senang dan cepat. Cubalah.

Yang ini, LB makan dengan pisang.
Eloknya pisang berangan lah. Sapu mentega
kat lempeng tu, letak beberapa keping pisang,
lipat kemudian siram sikit dengan susu pekat.
 memang terangkat. Dengan madu pun sodap.
Cara buat:
Gandum - dalam dua cawan (untuk kami bertiga, isteri pi kerja). Masukkan susu dutch lady low fat sekotak kecil (susu lain pun boleh). Pecahkan dua biji telur ayam (jangan telur angsa pulak). Secubit garam dan sesudu gula. Lepas itu masukkan setitik pewarna kuning. Bagi nampak mewah sikit warnanya. Kacaulah sampai gelembung dan biji tepung itu semua pecah. Sebelum goreng tu, sapukan butter (kalau minyak pun ok) atas kuali (eloknya non-stick). Setengah orang, mereka letak 'baking powder' tapi LB mahu kan macam kampung sikit, baru namanya lempeng. Letaklah sesenduk kecil kemudian bulatkan ia. Macam saiz LB buat. Mudah saja, petang nanti buat ya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...