Beldo!!! jangan pelik ya itu nama agar-agar dalam dialek Kelantan. Tapi pencucui mulut ni bukan saya yang masak, ini bini saya punya bikinlah. Hari itu, kami ada jamuan minum petang di rumah Sifu. Datin ajak kami sekeluarga dan beberapa rakan yang lain. Datin M dan Sifu memang selalu undang kami ke teratak yang jadi 'masterpiece' Sifu tu. 'I Love their house' memang cantiklah. Jadi asyik diajak, tak bawa apa-apa seganlah pula. Saya pun cadang pada my wife buatlah beldo senang nak suai padan. Menariknya, sesampai di rumah Datin M, ada hidangan nasi lemak sambal sotong yang 'voila', rojak buah dan pengat pisang. Memang masuklah dengan bledo jagung ni. Di bawah ini resipinya:
Didihkan agar-agar dawai (yg dalam plastik 2 - 1 tahil) dengan 5 gelas air. Bila dah hancur cair agar-agar tu, masukkanlah gula. Kami masuk 1 1/2 cawan saja. kalau nak potong kaki, masukkan lebih.
Next step, masukkan satu tin jagung (jenama S&W sebab sedap yang telah dikisar), kemudian masukkan 1 tin susu cair (ideal). Kacaulah kasi kering sikit, angkat dan masukkan ke dalam bekas, sejukkan. Senang tak?
Terima kasih Datin M dan Sifu kerana sudi layan kami anak-beranak.
No comments:
Post a Comment