Thursday, May 16, 2013

GURU DAPAT DAISO


Malam tadi my girl kecoh-kecoh sebab dia tak 'prepare' apa-apa pun untuk hari guru. Dia sedih sebab tahun lepas dia bagi. LB cakap "tak payah lah tahun ni, lagipun sekali bagi bukan sorang dua cikgu tapi semua yang mngajar kelas dia" Dahlah hari guru jatuhnya tengah bulan. Tapi she insist nak juga cari hadiah. Her spot is Daiso. Kedai RM5 jepun tu! Jadi barang kat situ kecik ke besar ke, harganya tetap RM5...bayangkan kalau 10 orang?

Senangnya kat Daiso ni kita boleh jumpa benda yang comel-comel.
My Girl nak beg yang boleh letak pensil katanya. jadi itulah pilihannya.
Dan saya jumpa pembalut yang dah siap riben dan selotapenya, harganya
tetap RM5.00 dalamnya ada 4 set
Anak kedua saya ni sangat sensitif dalam meraikan orang. Pantang dia tahu hari jadi sesiapa mahu aja diminta belikan hadiah. Paling-paling pun dia akan 'create a creative card'.

nampak tak tangan gebu tu. Budak si tangan gebu ni baru darjah 2.
Dia nak buat semua. Tulis, tampal dan wrap. LB guide ajalah.
Jadi, malam ini lepas maghrib tadi, sedang kita khusyuk, dia mintak-mintak di bawa ke Daiso. Saya cakap lepas-lepas ni sajalah. Dia tak mahu nak juga ke Daiso sebab dah janji. Maka bangkitlah bapak dengan malasnya, capai jeans dan t-shirt menuju ke Jusco Maluri.

tengoklah antara barang yang dibeli. Semua tu RM5.00 sahaja.
Untuk guru lelakinya dihadiahkan tali leher, My girl siap
beritahu warna yang sesuai berdasarkan pemerhatiannya
pada baju cikgu tu...cerewetkan!
Dan akhirnya, inilah deretan bungkusan yang akan dibawa esok. Memang betul sikap anak saya ini, cuma saya saja yang berkira-kira dan malas. Berapa sangatlah wang yang dibelanja jika nak dibandingkan dengan jasa yang dicurah oleh guru-guru dalam mendidik dan membimbing anak saya. Kadang kala kita ni menolak yang besar kerana terhalang dek fikiran yang cetek.

cuma 6 orang guru saja yang mengajar kelasnya
SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH.

3 comments:

  1. blog baru ke cik kem? best gi daiso,semua barang 5 hengget.hihihi..pinggan ni semua comey@.hihi

    ReplyDelete
  2. daiso je...bajet ciput. ingat nak gi kedai 2hengget tp taste kuranglah pulekk.. Rhea nak Daiso jugak. Kalu boleh dia nak Daiso pavillion..Mampu!!

    ReplyDelete
  3. hahahaha.rhea taste tinggi.hahahaha.publika pun ada daiso.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...