Eloklah buat macam ini, lawak bodoh betul. Kita bayar utuk lawak ini! |
Entri ni bukan kisah masakan tapi iktibar untuk kita Ibubapa. Tentu semua sudah tahu kes Izan Suhaila Mohd. Ali dan anaknya Maryam Sofea yang dikatakan ada 'chicken pox'. Kita sebagai 'parents' tersentuh dengan peristiwa ini. Bagaimana perihatin dan perikemanusiaan itu penting dalam hidup manusia. hilang pertimbangan itu maka tiada guna ada dalam masyarakat. Dalam kes Izan dan Air Asia, sudah selesai dan kekalahan jatuh pada Air Asia. Izan kalah di airport Ho Chi Minh, ditinggalkan setelah tidak lepas untuk boarding. Air Asia dengan angkuh menolak menggunakan kemanusiaan. Saya jatuh air mata membaca laporan Mazidul Akmal Sidek yang turut berada semasa peristiwa itu. Cara Mazidul melaporkan sangat dramatik dan buat saya terduduk mengenangkan nasib Izan. Tahniah kepada orang-orang Malaysia dan lain penumpang yang menderma untuk Izan.
foto dari Mazidul |
Sewaktu pertemuan Izan dan Mazidul, Izan sangat berterima kasih dan anggap Mazidul yang menyelamatkan beliau. Hasil laporan Mazidul telah membangunkan banyak tangan-tangan untuk membantu. Syabas Mazidul.
foto dari Mazidul |
Bagi saya Air Asia adalah korporat yang buta hati dan perasaan, menggunakan undang-undang dan peraturan yang dibuatnya sendiri untuk menidakkan kemanusiaan. Cakaplah beribu alasan atau sebab, Air Asia sudah terconteng arang. Kamu syarikat Malaysia tetapi sangat sombong. Walaupun ini tindakan pegawai Air Asia di lapangan terbang Ho Chih Minh tetapi ia mencerminkan imej Air Asia. Bermacam hal saya dengar dan baca, termasuklah soal tax di airport Malaysia. Tahukah Air Asia, bahawa mereka jadi bagus sebab rakyat Malaysia. We are an users. We pay!!! Itu sebab bila saya terbang, saya sangat selesa dengan MAS, jejak saja sudah rasa balik Malaysia. But not with kapal lambang merah ni yang hanya bagus pada gimiknya saja.
Kisah Izan ini harus kita jadikan pengajaran. Saya buat entri ini kerana percaya kita sebagai ibu bapa tidak mahu kisah ini berlaku dalam hidup kita. Jadikan buruk baik kisah Izan ini agar kita berhati-hati. Berada di tempat orang tanpa wang ringgit mencukupi memang derita. Tahniah Mazidul, laporan awak banyak memberi manfaat kepada saya dan pasti rakyat Malaysia juga.
Ikuti Mazidul. Klik sini.
No comments:
Post a Comment