Sunday, July 21, 2013

MINUM KOPI BERDIRI DI LA MALLORQUINA, MADRID.



Saya kira budaya minum kopi berdiri tidak asing di sebelah Eropah ini. Kalau di London, petang-petang selepas jam lima, kebanyakan pub dan bar dipenuhi orang ramai berdiri dan berborak-borak dengan riuhnya sambil menikmati minuman. Jadi tabiat minum berdiri ini bukanlah disebut tak beradab. kalau kat tempat kita, kedai kopi akan menyediakan tempat duduk dan biasanya pelanggan duduk sambil menikmati makanan. Kata rakan saya, Tariq, memang di sebelah Eropah itu sudah biasa. Jika di Italy kedai kopinya memang menyediakan bar tanpa tempat duduk. Oh fahamlah orang kampung yang seorang ini.

Berapa harga hidangan ini? Hanya 2.30 Euro sahaja.
Jangan tukar nilai, tapi samakan nilainya. 
Saya mahu perkenalkan sebuah kedai kopi dan bakery yang terkenal di Madrid yang dirasakan pada tahun 1894 (kalau kat Malaysia sah masuk Heritage). Namanya La Mallorquina yang terletak di Puerta de Sol. Sol adalah nama tempat di mana kiraan 0 km bermula di sini. Kafe ini betul-betul menghadap dataran Sol yang menjadi tempat tumpuan pelancong. Tempat ini berdekatan dengan Plaza Mayor, Calle Preciados dan Plaza Opera. Memasuki kafe ini, mata akan terpaku pada barisan pastry, roti dan manisan yang dijual di kaunter-kaunter. Ia dijual secara timbangan tetapi kita boleh membelinya satu atau dua keping mengikut keperluan perutlah. 


Jadi, sewaktu menjejak kaki masuk ke kafe itu, hajat saya hanyalah mahu membeli air mineral. Al maklumlah musim panas yang mencecah 40 darjah. Panas dan kering hingga membawa tekak meronta mencari seteguk air. Tapi niat saya berubah apabila terlihat kelainan dalam kafe ini. Saya lihat beberapa orang sedang menikmati Caffe Latte (hmmmmm memang saya hantu dengan minuman ini) dan menjamah pastri-pastri yang dihidang di dalam piring kecil. Menariknya, saya lihat orang tua pun menikmati kopi di kafe ini dengan tenang dan asyik sekali. Jadi niat saya terus bertukar lalu memesan Caffe Latte dan sebiji pastry berinti kastard. Perlukah saya ceritakan berapa nikmanya kuih kastard itu? hahaha memang sedap bila berpadu dengan caffe latte. Saya masih ingat, waktu saya memesan Caffe Latte, saya menyebut 'Latte' dan pelayang mengulang pertanyaan dalam bahasa spanisnh nya "##$%% Latte?". Dalam hati saya berkata, salah kah aku sebut atau tiada istilah Latte di Spanyol ini. Tapi bila pelayan bertanya lagi sekali "#@#$ Latte? Latte @#@#?" terus komputer saya menterjemah "Latte". Memang saya salah, saya sepatutnya memesan 'uno caffe latte', nampak bebenor orang kampung datang Madrid. . Ia berbeza ketika di London, bila anda memsan Latte, pelayan dah understood its caffe latte.

pelayan sentiasa menunggu di bar
Jadi, kunjungan saya ke La Mallorquina bukan sekali tetapi berulang kali, saya syok dengan suasana di kafe ini.  Malah saya disindir oleh Tariq kerana ketagih kopi La Mallorquina. Cara pelayan menghidangkan kopi juga menarik, di mana mereka akan meletakkan piring dan gelas/cawan kosong bersama kuih yang dipesan. Bila kopi diproses akan dituang ke gelas itu dan kita tunggu pula susu panas dituangkan. Syoklah. Tambah-tambah lagi dengan deretan kuih dan manisan yang penuh di kaunter. Saya paling suka manisan coklat bersama kacang almond. Aduhai...syoknya. Itu yang saya suka, tapi kedai ini menjual bermacam-macam manisan yang sangat menggiurkan. Bila saya kata banyak maksudnya ia memang banyak. Kekacang, jeli, kek, roti, puding...ishhh banyaklah.


Ini salah satu kaunter, kedai ini ada banyak kaunter,
bukat sebaris tapi bertingkat-tingkat.
Jadi, kalau anda ke Madrid, cuba cari kafe La Mallorquina di Sol. Kalau menginap di hotel, jangan sarapan di hotel, sarapanlah di kedai kopi ini. Ia memang syok. Bagaimana mahu ke sana? Ambil Metro dan turun di stesen Sol. Kedai kopi ini betul-betul menghadap stesen Sol.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...