Tuesday, June 25, 2013

AYAM BISKUT JEPUN


Apa nak cakap, cakaplah. Kali ini memang resipi merapu. Saya sebenarnya tercipta resipi ini tanpa terlintas pun nak hasilkannya. Masa saya mahu perap ayam, saya ternampak lebihan biskut beras jepun atas meja dapur. Kesian lah pulak sebab anak dah tak mahu makan. Kalau lama dibiar luput pula tarikhnya. Jadi demi nak selamatkan biskut itu, lalu saya pun cuba-cuba lah masak gunakkan biskut itu. Tapi bila makan sedap pula. Anak saya pun minta dibuat lagi resipi ini. Nampak gaya memang, resipi ini menjadi. Ia boleh mengalahkan KFC hahahha...berangan. Tapi saya jamin, rasa keenakannya bukan buat-buat, ia memang tulen.

Cara membuatnya sangat mudah, ikut sahaja teknik di bawah ini.
1/2  ekor ayam di potong suka hati. Kalau boleh janganlah kecil
lada hitam
lada putih
garam
biskut jepun berperisa (diketuk jadi serbuk). Dalam dua pek kecil sahaja

Biskut beras jepun
Ayam tu digaul dengan semua bahan, diperap dalam setengah jam, lepas tu gorenglah dengan minyak yang penuh. Kalau nak sedap lagi. Goreng ayam seketika, biarkan ia sedikit masak. Angkat dan masukkan dalam microwave. Masak selama 6-7 minit. Cara ini lebih sedap dan rasanya masuk hingga ke tulang hmmm.

2 comments:

  1. kreatif sunggu laaaaaaaaaaaaaaaaaa cik kemmmm ni. biskut tu sedap tu, nak try la buat.hahahaha. macam tepung ayam adabi tak?

    ReplyDelete
  2. sedap jaa, better than tepun adabi. tapi masa perap tu kurangkan garam sebab biskut tu dah ada perisa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...