Tuesday, January 30, 2018

LEBIH 40 TAHUN USIA FOTO INI


Saya kira foto ini diambil ketika usianya baru setahun lebih. Kecil. Permata buat pasangan Saridah Bidin dan Hashim Abdullah. She is the only child in the family. Kasih sayang hanya tumpah kepadanya. Itu mertua saya, seorang guru Bahasa Inggeris. Mama sangat tegas dalam mendidik kerana itu sering sahaja kami ditegur bila lihat Rhea dan Aish, dimanja dan liat belajar. Ketegasana Mama ini bukan saja digeruni anaknya tetapi murid-murid di sekolah dan anak-anak jiran di perumahan. Tapi Mama seorang pengurus yang baik, chef yang hebat dan bercitarasa tinggi. Bagi Mama biar mahal asal kualiti.


Abah sewaktu muda belia, guru lulusan Institut Perguruan Tanjung Malim, seangkatan dengan ramai penulis hebat tanahair. Tidak dinafikan abah juga peminat sastera dan penulis yang baik. Saya temui banyak novel klasik dalam kabinet rumah. Seperti jumpa harta karun. Bukan sekadar buku, kaset kaset lama pun banyak sekali. Abah ini orang seni, suka filem dan muzik.


Ini salah seorang anggota Charlie's Angel di kawasan perumahan Jalan Bahagia. Lulusan filem dari USM dan bersekolah di Jenan. Dulu agaknya cita-cita nak jadi model kot!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...