Wednesday, June 26, 2013

DERA ANAK ITU KEKALAHAN

Derita ini kekal selagi parut di situ
Hari ini kita saksi dan baca satu lagi kisah dera di Terengganu. Melihat pada kaki anak ini, ia seperti tiada penghujung deritanya. Menitik airmata saya mengenang siksa anak ini menahan kesakitan. Bagaimana seorang anak kecil yang tiada upaya untuk melawan diperlakukan begini. Jahat sangatkah budak ini? Tentu sekali bukan.

Apa yang difikirkan ibu ini?
Memang dalam hidup kita sebagai ibu bapa, ada masa kita menjadi sangat marah akan tingkah laku anak. Itu hal biasa. Namun kebiasaan itulah yang perlu dikawal. Di situlah letaknya peranan ibu bapa. mengawal kenakalan anak. membetulkan kesilapan mereka. Dalam membetulkannya kita tidak sepatutnya mengambil pendekatan menyakitkan mereka. Saya pasti anda yang membaca mempunyai rasa yang sama seperti saya. Ingin menjadi yang terbaik untuk anak-anak.

Yang mendera sebenarnya gagal memahami
maksud alam kanak-kanak. Adakah mereka
tidak pernah melaluinya?
Petang tadi, saya dikejutkan dengan panggilan helper, katanya anak perempuan saya belum pulang dari sekolah agamanya. berderau darah saya. Katanya lagi budak-budak lain sudah balik. Lagi tambah berderau. Jam sudah masuk pukul 6 petang. Sekolah sepatutnya selesai jam 5.10 petang dan biasanya anak saya sudah sampai di rumah jam 5.30ptg. Aduh rasa nak melompat dari tempat duduk, terbang mencari anak yang tidak pulang. Memang tidak boleh saya payangkan andai itu benar-benar berlaku. Jadi bila kisah budak kena dera, saya jadi marah. marah pada mereka  yang tidak menghargai kurniaan Allah. Allah mengurniakan zuriat untuk kita memahami dan menghayati makna cinta. 

2 tahun adalah usia di mana
anak membuka otak mereka kepada
semua kebijaksanaan. Malang bagi anak ini

Hal cinta ini, dihadirkan sama pada semua manusia. Namun manusia itu yang membezakan rasanya. Akal menjadikan manusia menangani dengan cara yang berbeza. Kesanggupan mereka mendera anak kecil adalah kegilaan. Kegilaan yang hidup dalam diri mereka akibat kegagalan mengimbang emosi. mereka mendahulukan emosi mereka, mereka selfish, mereka merendahkan diri lebih hina dari binatang. Hidup hari ini sangat berbeza. Dunia menekan dan menuntut manusia itu hidup untuknya sahaja. Ramai yang tewas.

kalau nak dera, dera macam ini...
cium sebanyak manapun.

Kasihanlah anak-anak yang baru mahu kenal erti hidup, dan mereka mengenali kecelakaan. Mereka menempuh neraka seawal usia untuk bermain imaginasi. Fantasi dan Imaginasi mereka terbantut. terhenti dengan herdikan, sergahan, pukulan, cucuhan dan bermacam-macam tindakan yang mudaratkan fikiran mereka. Anggapan anak-anak pada kehidupan bertukar saat itu, mereka mula melihat zalim itu adalah sebahagian daripada dunia mereka. Dan bagaimana mereka melihat dunia di hari dewasa? Alangkah malang bila mereka melihat dengan kebencian.

Klik kisah ini untuk catatan berkaitan.

2 comments:

  1. orang yang dera kanak-kanak tu tak akal, tak dak kasih sayang. ishhh..sakit jiwa kalau baca hal penderaan, boleh buat jiwa ni meraung jek. bukannya tak boleh nak marah anak tapi biarlah molek caranya. sedihhhhh laaaaa...

    ReplyDelete
  2. setuju jaa... ada orang bermacam usaha untuk dapat anak tetapi tak dapat, yang ada macam nak bunuh anak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...