Monday, June 24, 2013

SOTONG REBUS - SEBUAH KISAH KLASIK


Ini menu klasik, menu zaman kecil yang banyak menggamit kenangan. Kisah waktu kecil makan nasi berkuah hitam. Ini resipi segera ibu-ibu yang tak mahu fikir panjang tapi sedap. Tambah sedap kalau sotong yang dibeli penuh telurnya. Jadi bila direbus bulat-bulat montel badannya. Kisahnya, saya ke pasar konon nak membeli ikan tapi ternampak anak-anak sotong yang banyak telurnya. Apalagi dalam kepala terus terfikir nak rebus bodoh aja. Air mulut dah terbayang-bayang rasa manis kuah sotong. Jadilah masakan ini, masakan untuk makan tengahari. Saya tak regukan dengan mana-mana lauk, hanya sotong rebus semata-mata. Masa anak saya membuka periuk, dia mencebik, eee...masak apa ni, kenapa kuahnya hitam? macam mana boleh jadi hitam? Tapi bila dah makan, bertambah nasinya. Itulah penangan resipi ibu kita, jangan fikir spagheti je sedap.... ni haa...sotong rebus hitam!

Cara masak:
1 kilo sotong dibersih jangan dibuang dakwat hitamnya dan tulangnya. Buang mulutnya sahaja. Carilah yang bertelur.
Air secukupnya.
Bawang putih lima ulas, banyak pun ok. Ketuk sahaja.
Bawang besar satu labu
2 inci halia, diketuk aja.
Garam
Lada hitam.

Ada setengah orang bubuh serai tapi saya tak mahu. Saja tak mahu.
Campur semua bahan itu, rebus sampai mendidih dan empuk sotongnya. Jangan terlebih masak nanti isi sotong kenyal, tak sedap.

Saya ada kisah bersabit kuah sotong ini. Kami adik beradik kulit memang gelap, takda seorang pun kuning langsat. Biasa kita kambus sotong dengan nasi, supaya dapat sotong lain. Camouflage lah tu. Tapi itu cerita lain. cerita yang nak saya ceritakan ini, satu hari tu, kami empat beradik daripada sembilan orang, melingkung sepinggan sotong rebus, salah seorang abang saya bagi cadangan. Katanya "mari kita lawan kulit siapa paling gelap!". wahhh itu game cadangannya. Syaratnya ialah "curahkan kuah atas jari dan tengok jari siapa yang hitam". Memandangkan semuanya perasan kulit cerah, maka kami pun berlawanlah. Abang saya yang cadangkan tu, gelakkan kami kerana bila kami curah, semua jari kami hitam. Dia dengan konfiden curahlah atas jarinya dengan harapan nampak cerah.... curahlah dia atas jarinya.... dah memang keturunan, sah sah memang hitam jadinya! Kami berempat gelak. Pengajarannya ialah, kalau dah gagak hitam walau dipakai tabitha atau Beautskin sekalipun ia tetap hitam! Muktamad! No kompromi!

5 comments:

  1. hahahahha..tang beutskin tu yg kelakar,takpalah cik kem,gelap pun gelap la,janji kulit sihat. sedap sotong kuah hitam tu.

    ReplyDelete
  2. mrh ko produk nmpk cokman...hikhikhikhik

    ReplyDelete
  3. cokman tak ngaku sebenarnya memang ada perubahan lepah guna produk...

    ReplyDelete
  4. salam.. pertama kali saya jumpa resepi masak sotong tanpa buang dakwat hitam... tertanya2...dakwat hitam sotong tu dlm kategori selamat ke utk dimakan? huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari kecil saya makan Ilwani. alhamdulillah takda mudarat. Sekarang pun banyak menu berasas dakwat sotong temasuklah pasta di sebelah barat

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...