Hari Raya akan menjadi hari-hari biasa bila kita laluinya sebagaimana hari biasa. Hari Raya tidak akan jadi bermakna dan akan dikenang jika tiada moment yang manis untuk kita ulang mengenangnya. Dan kerana itu hari raya menjadi hari yang selalu menggamit kenangan pada orang tua dan sanak saudara.
|
Raya ke 5: makan tengahari di rumah abang tua, Fauzi. Kak Yam masak gulai lemak ikan kering, daging goreng, ikan goreng dan sambal pauh. hmmpphh simple but memang sedap di musim orang makan rendang |
Kerana Hari Raya itu disebut sebagai hari kemenangan maka haruslah ia diraikan. Meraikan aidilfitri itu boleh dalam macam-macam cara. Tapi memilih untuk berkumpul dan makan-makan adalah cara paling harmoni bagi saya. Apatah lagi keluarga besar kami sangat suka makan-makan. Kedua arwah orang tua saya dan kini kedua mertua saya memang suka meraikan dengan makan-makan. Bukanlah ia satu kemegahan atau satu keutamaan tetapi ia menjadi satu ritual untuk kami berkumpul dan bermesra.
|
My love |
|
Raya ke3 - kenduri aqiqah anak Ghazali dan Zulkifli. 2 ekor kambing rebah |
Saya pasti ada sesetengah orang memilih hari raya adalah hari untuk bercuti. Membawa keluarga ke satu destinasi dan mereka melancong. Itu pilihan masing-masing. Tapi saya tetap percaya hari raya adalah hari terbaik untuk kita bertemu dan bersua yang telah lama terpisah. Yang jarang dan kurang bertemu apatah lagi yang ada terguris dan terluka. Inilah hari memulihkan kembali silaturrahim. Kami dalam keluarga besar, perlu ada usaha untuk mempertemukan anak-anak dengan sepupu-sepupu serta saudara mereka. Saya rasa perbezaan antara kami di bandar dan sepupu mereka di kampung harus dimesrakan di halaman. Biar mereka bermain dan mengenal buruk baik saudara sendiri.
|
Saudara bertemu, dulu anak dara kini semuanya mak anak dara |
|
4 bujangan dari 4 keluarga |
|
Raya 4: Makan lewat malam rumah adik, Hisham. Malam itu kami dijamu meehoon goreng, tapai beras dan roti canai. Cukuplah tu! |
|
Rumah cikgu Hisham di warnanya kuning seluruh rumah |
Sebelum balik Pasir Mas, anak-anak saya sibuk bilang duit rayanya dan terpacul dari mulut mereka, "Kat Kelantan mesti tak best sebab tak dapat duit raya banyak macam ni". Saya diam sahaja. Bila mereka balik Kelantan, anak perempuan saya minta tambah hari menginap kerana tidak puas bermain dengan sepupunya. Dia tidak kisahkan lagi duit raya, dalam fikirannya hanya mahu main-main dengan sepupunya.
|
hadapan rumah abang Fauzi, kami lepak dan borak2. Ini baru anak-anak dari 3 keluarga |
|
Raya 5: Petang ke rumah keluarga mertua adik bongsu, Awi di Rantau Panjang. 5 keluarga bertandang. kami dijamu yang ringan-ringan sebab malam itu kami ke rumah abang zul yang sedia dengan laksa kelantan |
|
Raya ke6: Minum petang, kami berkumpul di rumah pusaka, sebelum saya pulang ke Pulau Pinang, saya beli macam-macam kuih Kelantan. Siti masak bihun goreng. |
|
Petang itu ada buah tanjung, jala mas, pulut inti, karipap, tauhu sumbat, ulat bulu, nonde, pulut pisang, bledo, mee celup. |
|
ini sebahagian daripada anak-anak dari 6 keluarga |
bila Rhea minta tambah hari di Kelantan terus saya kata pada anak-anak, "kan seronok balik Kelantan, ada banyak kawan walaupun tak dapat banyak duit".
|
hero-hero masa hadapan |
Walau apapun caranya, hari raya perlu dihidupkan. Menghidupkan hari raya memerlukan usaha mengadakannya. Kita tidak boleh menunggu hari raya datang dengan keindahan. keindahan itu harus diciptakan, diraikan dan difikirkan bagaimana mahu mengisinya. Kita yang sudah punya anak, harus memberikan titipan kenangan buat anak-anak agar mereka lihat ini budaya yang mesti wujud dalam keluarga kami.
No comments:
Post a Comment