Friday, May 31, 2013

BUKU LAMA : SAJAK DWIBAHASA


Saya rasa sangat bertuah memiliki buku ini. Ia sangat jarang dan sudah tidak ada lagi di pasaran. Buku terbitan tahun 1965 dan dijadikan buku teks bagi para pelajar sekolah menengah aliran Inggeris. Buku terbitan Fajar Bakti ini hanya dua warna sahaja; hitam putih dan itulah yang menambahkan nilai klasik. Kata pengantar dicetak dalam dua bahasa dan ditulis oleh James Kirkup, seorang penyair ulung British yang prolifik dan menulis puisi, drama pentas dan auto-biografi. manakala semua puisi di dalam buku ini diterjemahkan oleh Oliver Rice dan Abdullah Majid. Nama Abdullah majid sangat mesra dengan kita, beliau adalah salah seorang aktivis pelajar yang menentang British semasa menuntut di Universiti Malaya dan pernah menjadi orang penting Tun Abdul Razak.


Lihatlah di muka surat di atas bagaimana dua muka surat dicetak dalam bahasa berlainan. Buku ini betul-betul bermakna, saya gunakannya untuk memetik sajak-sajak Melayu dalam Bahasa Inggeris. 


Bunga Popi adalah salah satu sajak yang diterjemah, beberapa penulis Melayu dari tahaun 1946 - 1961 dipaparkan dalam buku ini antaranya ialahA.Samad.Said, Masuri S.N.,A.S.Amin, Noor S.I dan Salmi Manja. Cuba perhati terjemahan sajak Lagu dan Tari oleh SN Usaman Awang ini:

Yesterday I saw a dance:
chubby breasts swaying, madly inviting,
wild desires eyes full of passion,
the music's wild note rising to fever pitch.

Menarik kan?

LINGUINE KURMA RADISH BERDAGING


Pernah makan pasta dengan kuah kurma? Saya berkreasi dengan bahan-bahan di dapur kerana memikirkan apa lagi yang mahu dihidang buat anak-anak semasa cuti sekolah ini. Anak-anak saya kaki makan, mesti ada makanan di dapur atau dalam peti ais. Jadi untuk mengawalnya, saya masaklah pasta linguine, supaya makannya tidak bertambah cukup sepinggan sahaja. Biasanya kita makan linguine dengan bolognaise atau kuah pedas cara melayu yang menggunakan daging cincang. Kalau kurma tentu sekali kita makan dengan nasi dan cukup lemak santannya. Tapi menu saya ni berbza sikit, ia tiada santan dan tiada daging cincang. Kuahnya tetap pekat bersalut dengan linguine. Macam mana, bunyinya pun dan terliur kan. Salinlah resipinya;

Bahan-bahan

Linguini satu pek (kalau tak habis, simpan esok. boleh buat goreng). Kita rebus linguine atau pasta lain ikut arahan pada plastiknya. Macam linguine, arahannya rebus selama 11 minit. Lepas rebus tos dan siram dengan sedikit minyak supaya linguine tidak melekat.
Daging 500g (eloknya daging batang pinang sebab senang dimakan dan kurang lemak). Potong nipis dalam saiz sederhana.
Rempah kurma Adabi - 1 pek
1 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - potong nipis
lobak putih - setengah batang sederhana besar dipotong nipis
6 biji tomato ceri dibelah dua
telur ayam 1 biji
tepung jagung 1 sudu makan
3 cawan air
garam
lada hitam
lada putih

Cara memasaknya: 
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Biar sehingga naik baunya dan layu. Masukkan rempah kurma yang telah digaul dengan sedikit air. Biarkan ia seketika sehingga sedikit kering. Masukkan daging dan gaulkan dengan rempah itu. Masukkan sikit garam. Biar seketika. Kemudian masukkan 3 cawan air ( tak perlu banyak sebab menu ini bukan berkuah).  Terus masukkan lobak putih. Biarkan daging dan lobak putih empuk. Perhatikan tekstur lobak putih, apabila ia seperti lutsinar, itu tandanya sangat sesuai untuk masukkan tomato ceri. Masukkan tepung jagung yang dicairkan bersama sebiji telur. Kacau sehingga ia pekat. renjiskan sedikit lagi garam, lada hita dan lada putih.

Kenapa saya gunakan lobak putih? satu sebab kerana mahu habiskan stok. Kedua sebab lobak putih ada tekstur seperti jeli apabila ia overcook. Itu yang buat ia masuk dengan kurma ini. Tambah-tambah lagi, lobak putih ini bagus untuk para ibu yang menyusu dan para suami yang menjaga kualitinya. Ehem-ehem.

Thursday, May 30, 2013

CARA JIMAT GAS

Selalu memasak mesti tong gas pun asyik bertukar. Kos satu tong gas pun dah mahu cecah RM30.00 kan? Kita kalau masak mahu cepat dan tak mahu api perlahan, banyak kerja lain menunggu. Tambah-tambah lagi bulan puasa sudah hampir, pasti dalam musim Ramadhan nanti, setiap hari memasak malah lebih kerap berbanding hari biasa. Saat inilah kita cari cara untuk jimatkan gas. LB terjumpa satu alat semasa berkunjung ke kedai hardware. 
 Inilah alatnya, mahu disebut saya tak pandai bahasa mandarin. Jadi panggil saja tungku dawai. Tungku ini dibuat 100% besi. Ia bersaiz bulat dan lingkungannya dari besi nipis. Bahagian atas dawai halus yang sangat peka dengan kepanasan.


Letakkan tungku dawai itu atas dapur, macam dalam gambar. Tidak perlu dikemaskan dengan skru. Tapi tungku ini boleh diubah suai ketinggiannya mengikut struktur dapur. Untuk dapur LB, saya letak aja, tidak perlu skru.

Hasilnya seperti gambar paling atas. Biasanya bila kita nyalakan dapur gas, api biru yang menyala. Dengan menggunakan tungku dawai ini, api kuning keemasan membentuk lingkaran. Kita tidak perlu nyalakan api besar kerana tungku ini membantu memanaskan periuk atau kuali. Selama sebulan LB menggunakannya, memang ia benar-benar menjimatkan. Memasak boleh dijimatkan tempohnya malah api menyala sekata dan membantu masakan kita masak rata. Jadi apa tunggu lagi, pergilah ke hardware, harganya cuma RM6.90 sahaja.


Wednesday, May 29, 2013

AIR ASIA KALAH PADA IZAN, MAZIDUL THE HERO

Eloklah buat macam ini, lawak bodoh betul. Kita bayar utuk lawak ini!
Entri ni bukan kisah masakan tapi iktibar untuk kita Ibubapa. Tentu semua sudah tahu kes Izan Suhaila Mohd. Ali dan anaknya Maryam Sofea yang dikatakan ada 'chicken pox'. Kita sebagai 'parents' tersentuh dengan peristiwa ini. Bagaimana perihatin dan perikemanusiaan itu penting dalam hidup manusia. hilang pertimbangan itu maka tiada guna ada dalam masyarakat. Dalam kes Izan dan Air Asia, sudah selesai dan kekalahan jatuh pada Air Asia. Izan kalah di airport Ho Chi Minh, ditinggalkan setelah tidak lepas untuk boarding. Air Asia dengan angkuh menolak menggunakan kemanusiaan. Saya jatuh air mata membaca laporan Mazidul Akmal Sidek yang turut berada semasa peristiwa itu. Cara Mazidul melaporkan sangat dramatik dan buat saya terduduk mengenangkan nasib Izan. Tahniah kepada orang-orang Malaysia dan lain penumpang yang menderma untuk Izan. 

foto dari Mazidul
Sewaktu pertemuan Izan dan Mazidul, Izan sangat berterima kasih dan anggap Mazidul yang menyelamatkan beliau. Hasil laporan Mazidul telah membangunkan banyak tangan-tangan untuk membantu. Syabas Mazidul. 

foto dari Mazidul
Bagi saya Air Asia adalah korporat yang buta hati dan perasaan, menggunakan undang-undang dan peraturan yang dibuatnya sendiri untuk menidakkan kemanusiaan. Cakaplah beribu alasan atau sebab, Air Asia sudah terconteng arang. Kamu syarikat Malaysia tetapi sangat sombong. Walaupun ini tindakan pegawai Air Asia di lapangan terbang Ho Chih Minh tetapi ia mencerminkan imej Air Asia. Bermacam hal saya dengar dan baca, termasuklah soal tax di airport Malaysia. Tahukah Air Asia, bahawa mereka jadi bagus sebab rakyat Malaysia. We are an users. We pay!!!  Itu sebab bila saya terbang, saya sangat selesa dengan MAS, jejak saja sudah rasa balik Malaysia. But not with kapal lambang merah ni yang hanya bagus pada gimiknya saja.

Kisah Izan ini harus kita jadikan pengajaran. Saya buat entri ini kerana percaya kita sebagai ibu bapa tidak mahu kisah ini berlaku dalam hidup kita. Jadikan buruk baik kisah Izan ini agar kita berhati-hati. Berada di tempat orang tanpa wang ringgit mencukupi memang derita. Tahniah Mazidul, laporan awak banyak memberi manfaat kepada saya dan pasti rakyat Malaysia juga.

Ikuti Mazidul. Klik sini.

Tuesday, May 28, 2013

LEMPENG TUNKU



LB susun lempeng selang seli dengan serunding daging.
memang sedap makan dengan serunding ni.
kenyang sampai ke petang.
Supaya teksturnya tak kering,
masa nak letak serunding tu, sapulah sikit mentega.
Pagi ni masak pancake, lempeng lah. Pancake konon. Sejak bila pulak nak tukar nama. Lempeng kan elok, kalau salah kita lempang saja. Salah juga lempar saja ke dinding. Baiklah, masa cuti sekolah ini, sekali sekala bawa anak makan kat luar ok lah, tapi poket bukan selalu kembung kan, jadi masa di rumah, LB belek-belek barang dan tenung-renung kisah lama, apa lagi, nostalgia menggamit memori lah. Teringat makan lempeng gandum cicah gula. Tapi kali ini LB buat istimewa sikit, campur aduk resepi barat dengan Melayu, senang dan cepat. Cubalah.

Yang ini, LB makan dengan pisang.
Eloknya pisang berangan lah. Sapu mentega
kat lempeng tu, letak beberapa keping pisang,
lipat kemudian siram sikit dengan susu pekat.
 memang terangkat. Dengan madu pun sodap.
Cara buat:
Gandum - dalam dua cawan (untuk kami bertiga, isteri pi kerja). Masukkan susu dutch lady low fat sekotak kecil (susu lain pun boleh). Pecahkan dua biji telur ayam (jangan telur angsa pulak). Secubit garam dan sesudu gula. Lepas itu masukkan setitik pewarna kuning. Bagi nampak mewah sikit warnanya. Kacaulah sampai gelembung dan biji tepung itu semua pecah. Sebelum goreng tu, sapukan butter (kalau minyak pun ok) atas kuali (eloknya non-stick). Setengah orang, mereka letak 'baking powder' tapi LB mahu kan macam kampung sikit, baru namanya lempeng. Letaklah sesenduk kecil kemudian bulatkan ia. Macam saiz LB buat. Mudah saja, petang nanti buat ya.

TORTILLA GORENG PERENCAH MAGGI


Petang semalam waktu anak-anak sibuk main di bawah, saya di rumah memikirkan makan petang mereka. Lunch kami keluar, cari nasi ayam di pasar rakyat Ampang. Sedap juga nasi ayam abang misai, harganya RM6 sepinggan. Masa sedang fikir apa nak bagi anak makan, saya ke stor tengok stok-stok yang ada. Memang nampaklah ada macam-macam pasta, tapi takkan makan pasta lepas makan nasi ayam. Jadi saya ternampak roti tortilla yang nyaris nak habis tempoh. Kepala berpikir nak masak apa tortilla ni. Boringnya. tiba-tiba mentol menyala *ting*. Saya buka peti ais, nampak ada separuh lagi 'minced meat' yang diguna isteri saya (dia masak makaroni goreng tempoh hari). Biasa kita tengok orang makan tortilla cara 'wrap' atau 'roll' kan? tapi kali ni, LB buat dia lain sikit, LB goreng!! Macamana tu?  Ini resipinya.

Bahan-bahan:

4 keping tortilla (sebab 4 orang yang mau makan) - bakar atas kuali jangan sampai rentung nanti pahit. Bila sudah bakar, gulung tortilla tu, kemudian potong macam kita hiris telur dadar, bagi dia melingkar macam ular.

Bawang putih dan bawang besar setengah labu, cincang dadu. Tumis dalam minyak zaitun (minyak cap buruh pun boleh). Masak hingga kekuningan dan wangi.

Masukkan daging cincang (sukatan tu dalam 500g). Kalau banyak tambahlah bawang tu. Masaklah biar berbiji-biji teksturnya. Kemudian masukkan perencah kari maggi, garam dan lada hitam. kacau seketika.

Masukkan tomato ceri, lada benggala dan habatus sawda (yang ni terpulang).

Akhir sekali, masukkan tortilla tadi, gaulkan seketika, jangan lama nanti tortilla layu.

Mudah kan? 

Monday, May 27, 2013

PINGGAN MANGKUK LAMA (PML)


Kali ni LB nak tayang 'my old collection'. 'Collection' LB ni ada yang LB simpan sejak zaman bujang dulu. Simpan bukan sebab minat atau hendak buat khazanah tapi nostalgia yang hidup bila tengok PML ni. Ada beberapa koleksi dalam almari LB dan yang wajibnya mestilah ada bunga kangkung dan bunga ros hitam. Kebanyakan pinggan ni datangnya dari China dan adalah satu dua datang dari Jepun dan England. Tapi itu bukan soalnya.  LB memang suka pinggan-pinggan ni. Entahlah waktu kawan-kawan berebut beli corelle dan vantage, kita sibuk cari porcelain china. Ini kerana kenangan lama, ingat masa kecil, masa kenduri di kampung - semua tu berhimpun dalam sepinggan Bunga Kangkung. 

Ini piring kuih, Rose jambatan namanya. Saya beli di Pulau Tikus,
Penang. Kira-kira 7 tahun lalu.
Ini pinggan lauk kecil, Coraknya moden tapi sesuai untuk buat hidangan,
macam letak sambal atau budu. Saya beli pinggan ini masa
main randai, selalu makan nasi padang.
Ini brand Johnson, saya baru beli di Ampcorp mall
dari kak fauziah (diva PML). Yang ini size kecil

Ini yang paling popular Bunga Kangkung. Ini saiz pinggan nasi.
Letak sayur atau sup pun sesuai. Saya beli dengan harga murah sebab
kedai tauke ini baru terbakar, rezeki saya.
Ini pun bunga kangkung tapi sizenya kecil, untuk hidang
pengat pisang sesuai. Ini saya simpan dari bujang lagi


Johnson, susah nak dapat ini. Bunga nya terang dan jelas.
Juga beli dari kak fauziah. Saya suka pinggan ni, ingat
arwah Tok Ngah ada pinggan ni.

Ini pun koleksi wajib bagi penggemar. Saya beli di kedai tauke
terbakar itu. Bersusun saya beli sebab dapat harga sangat
murah. Ini piring kuih, hidang kek atau cucur udang memang
sesuai.

Isteri saya pun tak tau nak kata apa dengan minat saya ni. Dia layan saja daripada saya buat benda yang dia tak suka. Tapi almari penuhlah dengan koleksi macam ni. Ada lagi dua tiga jenis PML yang ada. Nanti saya 'update'. Ada simpanan macam ni senang kalau buat makan-makan. Idea yang baik bila bulan puasa nanti, hidang guna pinggan ni, pasti nostalgia menggamit.


Sunday, May 26, 2013

SUP PASTA LALA


Makan nasi selalu pun bukan bagus kan? kalau tak makan nasi, kami di rumah masak pasta. Biasanya dalam stor kat rumah LB memang selalu simpan pasta - makaroni, fetucini, spageti, bermacam-macamlah yang bunyi italy itu. Konon nak jadi orang putih tapi pungkok hitam. Tapi LB rasa pasta sangat sesuai untuk ganti nasi dan kita boleh teroka macam-macam cara masak. Anak-anak LB pun suka. Kali ni LB masak sup dan istemewanya, ia berlaukkan Lala. Sangat mudah cara masaknya.

Bahan-bahan

Pasta - saya guna jenis 'spiral' tapi kalau mau jenis lain pun tak ada masalah. jenis kerang ke, makaroni, yang colorful ke, pun boleh. Ambillah dua cawan - rebuskan biar kenyal. Jangan lembut sebab lepas tu nak masuk dalam sup. Rebuslah dengan garam dan minyak zaitun.

Lala - Saya masukkan banyak sebab saya suka lala lebih banyak dari pasta. Dalam sekilo lala. Cucilah bersih kalau boleh bukakan kulitnya masa mencuci. Ada setengah lala berselut isinya. Tak mahulah hitam keruh pulak supnya.  

Bahan menumis - minyak zaiton dalam 2 sudu makan, bawang putih 5 ulas, bawang besar selabu. Potong halus atau cincang sahaja.

Sayur - Cendawan jepun shimeiji (yang jual di supermarket tu, tengok gambar di bawah) ambil dalam segugus. Sawi putih dua pokok, cili merah. Kesemua sayur ni suka hati nak potong macam mana.

Perasa - garam, lada hitam dan lada sulah.

Tumis bahan-bahan untuk tumis, agak layu dan naik bau bawang itu, masukkan air 6 gelas kecil. Bila dah hampir mendidih tu masukkanlah sawi. Sekejap saja ya. Mendidih sup tu, masukkan lala, cendawan dan akhir sekali pasta. Jarak masa untuk masukkan 3 bahan tu jangan lama, masa ini kita kena bertindak cepat supaya cendawan, lala dan pasta tak lama atas dapur. Akhir sekali masukkan lada merah dan bahan perasa. Siap!

Ni lah cendawan shimeiji tu. terima kasih blo staranisecafe


Thursday, May 23, 2013

IKAN REBUS

Cara nak rebus: cuci ikan buang segala macam ,
 jangan tos terus susun dalam periuk.
susun ikan tu selang seli taburkan garam,
letakkan dua tiga keping asam gelugur,
satu sudu makan cuka (setengah org tak letak tapi
saya letak sebab ia bagi ikan tu firm dan berkilat).
masukkan setengah sukucawan air.
Tak perlu banyak air sebab ikan akan keluarkan jusnya.
masaklah hingga mendidih jangan sampai kering airnya. 
Air ikan rebus tu boleh diguna
sebagai perencah kepada singgang juga ya

Jangan lah marah kalau masakan ini pun LB nak buat 'entry'. Tapi sesungguhnya inilah menu kesukaan masa bujang dulu. Al-maklumlah masa bujang dulu tak ada peti ais, ikan yg dibeli nak disimpan tak ada peti sejuk, jadi rebuslah, boleh ulang panaskan dan bolehlah disimpan 2-3 hari. Cakap pasal ikan rebus ni, ada setengah tempat sebut ikan kukus tapi orang kelatan panggil ikan rebus. Sebab memang ikan itu direbus!!!

Bagi orang Kelantan, ikan rebus jadi punca kepada beberapa masakan. Kalau nak buat kuah laksa, gulai nasi berlauk atau dagang, goreng ikan atau sesetengah tu buat singgang pun guna ikan tongkol rebus. Ikan rebus ni sedap kalau dapat nasi panas, air cuka, garam dan lada burung penyet, memang sangkutlah makan nasi. Pernah cuba tak? Zaman kecik dulu, masa arwah Wan ada, dia selalu makan nasi ikan rebus cicah air cuka garam. Memang sedap. Ikan rebus juga sedap diletak dalam sayur lemak putih dan regukan sayur lemak tu dengan ikan rebus goreng dan budu perah limau nipis. Ada juga orang ambil isi ikan rebus letak sama dengan lada burung dalam budu, dimakan dengan nasi dan ulam-ulaman, memang berair mulut LB masa tulis ni.

Tak semua ikan sedap direbus, biasanya saya rebus ikan kembung, ayor (tongkol) dan selayang (sardin) sahaja. Sebab ikan ni tak bersisik dan punya rasa manis selepas direbus. Orang kata tiga jenis ikan ini banyak omega. Sampai sekarang saya memang suka rebus ikan. Bukan sebab tak ada peti ais tapi nostalgia dan cara hidup sudah begitu melekat. What to do?

Wednesday, May 22, 2013

PREVIEW 1958 : KOLEKSI BUKU LAMA

ni muka surat depan yang tulis nama pengarangnya
Saya simpan buku ini sejak tahun 90an. Saya diberi kawan lama yang mahu 'get rid of his collections'. Jadi saya pun ambillah buku ni sebab masa tu memang minat dan suka baca majalah filem luar negeri. Mana tidaknya, kalau tidak asyik hadap URTV, Variapop atau Media Hiburan saja. Bila dapat majalah seperti Premiere, Empire dan sewaktu dengannya seronoklah, cara mereka 'review' sangat berbeza. Gossip mereka sangat 'class'. Jadi bila saya dapat buku Preview keluaran tahun 1958...apalagi suka sangatlah.

dalam buku ini ada cerita mengenai filem-filem baru. The Ten Commandments
adalah filem yang sedang hits masa tu. Filem lain yang ditulis ialah The Vintage,
The Bridge on The River Kwai dan beberapa lagi.

Siapa tak kenal aktor sebelah kanan tu; itulah Marlon Brando.
Dalam buku ni banyak pin-up aktor dan aktres yang top di hollywood tahun 1950. Antara
pin-up yang ada seperti Elizabeth Taylor, Gregory Peck, Lauren Bacall, Sophia Loren
dan banyak lagi.

Inilah rupa buku Preview keluaran 1958.
Macamana? Purba kan!!!
Nak juga saya tahu, ada ke orang berminat kumpul buku macam ni?

Monday, May 20, 2013

BLEDO JAGUNG


Beldo!!! jangan pelik ya itu nama agar-agar dalam dialek Kelantan. Tapi pencucui mulut ni bukan saya yang masak, ini bini saya punya bikinlah. Hari itu, kami ada jamuan minum petang di rumah Sifu. Datin ajak kami sekeluarga dan beberapa rakan yang lain. Datin M dan Sifu memang selalu undang kami ke teratak yang jadi 'masterpiece' Sifu tu. 'I Love their house' memang cantiklah. Jadi asyik diajak, tak bawa apa-apa seganlah pula. Saya pun cadang pada my wife buatlah beldo senang nak suai padan. Menariknya, sesampai di rumah Datin M, ada hidangan nasi lemak sambal sotong yang 'voila', rojak buah dan pengat pisang. Memang masuklah dengan bledo jagung ni. Di bawah ini resipinya:

Didihkan agar-agar dawai (yg dalam plastik 2 - 1 tahil) dengan 5 gelas air. Bila dah hancur cair agar-agar tu, masukkanlah gula. Kami masuk 1 1/2 cawan saja. kalau nak potong kaki, masukkan lebih.
Next step, masukkan satu tin jagung (jenama S&W sebab sedap yang telah dikisar), kemudian masukkan 1 tin susu cair (ideal). Kacaulah kasi kering sikit,  angkat dan masukkan ke dalam bekas, sejukkan. Senang tak?

Terima kasih Datin M dan Sifu kerana sudi layan kami anak-beranak. 

SUP AYAM TUMIS


Jangan makan hati dengan foto di atas. Tengok pun dah kenyang kan? Mudah pun nak membuatnya, asal ada semua bahan kat rumah. Stail saya pulak, tengok apa yang ada, kita ni, kalau nak masak jangan terlalu ikut resipi, cuba kreatif sikit, mesti ada sesuatu yang menjadi. Ya sesuatu lah sangat. Tengahari tadi, saya masa sup ayam untuk anak-anak. Sup ni saya hidang begitu saja, tak ada nasi. Kalau depa nak cicah dengan roti, ada dalam plastik. Resipinya kat bawah ni;

Panaskan minyak zaitun dalam 3 sudu makan kemudian letaklah ayam ke atasnya.
1/2 ekor ayam yang dipotong 8, goreng hingga kekuningan, biar pejal sikit isinya.
Bila sudah kekuningan, barulah masukkan selabu bawang besar, 3 ulas bawang putih dan seinci halia. Tumis bersekali dengan ayam tu. Biar naik bau dan lembut bawangnya. Masukkan garam dan lada hitam.

Masukkan 4 cawan air, tak payah tunggu mendidih; campak saja sebiji ubi kentang yang dipotong saiz seinci, lobak merah dan batang saleri, cara nak potong tu terpulanglah, bentuk bunga ke bentuk love ke...

Tunggulah hingga mendidih dan empuk kentang tu. lepas tu barulah masukkan tomato ceri, daun parsley dan tabur sikit oregano.Kuahnya bagi pekat sikit.

Macam mana senang tak? Selamat mencuba.


Saturday, May 18, 2013

FRENCH TOAST ALA MY MOM

Dapat nescafe panas memang sodap.
Memang dalam hidup ni, waktu malas selalu ada. Tambah-tambah masa bila kita leka dengan sesuatu atau tak cukup rehat. Bila datang masa malas, makan apa yang ada saja. Kalau dinner atau lunch tu kadang-kadang telur mata dengan kicap pun layan. Kadang-kadang rebus ikan (kukus) banyak-banyak, simpan lepas itu bila nak makan, goreng aja, makan dengan sambal atau ulam. Masuk jugak.

Bercerita pasal menu malas ni, saya ada kuih malas dan sangat segera. Makanan ni dah jadi turun-temurun dalam keluarga belah saya. kalau masa budak dulu, menu ni Mek akan masak kebiasaannya di bulan puasa. Al-maklumlah nak beli kuih kat pasar, duit selalu tak cukup. Jadi inilah menunya, peliknya kami adik beradik suka. Mek beli roti bantal (roti mamak macam roti kopitiam tu) potong panjang-panjang, bolehlah makan kami sekeluarga yang 9 beradik ni. Jadi ini dia menunya, kami panggil Roti Celup Telur tapi nama glamournya French Toast; biasanya wife akan masak Ini waktu petang atau malam-malam untuk supper semasa tengok tv, seronok layan ni. Perlukah saya beri cara membuatnya, tak payahlah...

Beli aja roti gardenia potong empat segi, telur dikacau sebati, panaskan minyak, celup roti dalam telur kemudian masuk dalam minyak yang panas. Jangan leka sebab tak mahu 'brown' sangat nanti roti tu sedut minyak banyak. Eloknya kuning-kuning sikit aja (walau dalam foto tu dah brown, anak suka yang garing). Angkat kemudian tabur gula atau cicah dengan madu. Makan gitu saja pun sedap atau cicah dengan sos.

Thursday, May 16, 2013

GURU DAPAT DAISO


Malam tadi my girl kecoh-kecoh sebab dia tak 'prepare' apa-apa pun untuk hari guru. Dia sedih sebab tahun lepas dia bagi. LB cakap "tak payah lah tahun ni, lagipun sekali bagi bukan sorang dua cikgu tapi semua yang mngajar kelas dia" Dahlah hari guru jatuhnya tengah bulan. Tapi she insist nak juga cari hadiah. Her spot is Daiso. Kedai RM5 jepun tu! Jadi barang kat situ kecik ke besar ke, harganya tetap RM5...bayangkan kalau 10 orang?

Senangnya kat Daiso ni kita boleh jumpa benda yang comel-comel.
My Girl nak beg yang boleh letak pensil katanya. jadi itulah pilihannya.
Dan saya jumpa pembalut yang dah siap riben dan selotapenya, harganya
tetap RM5.00 dalamnya ada 4 set
Anak kedua saya ni sangat sensitif dalam meraikan orang. Pantang dia tahu hari jadi sesiapa mahu aja diminta belikan hadiah. Paling-paling pun dia akan 'create a creative card'.

nampak tak tangan gebu tu. Budak si tangan gebu ni baru darjah 2.
Dia nak buat semua. Tulis, tampal dan wrap. LB guide ajalah.
Jadi, malam ini lepas maghrib tadi, sedang kita khusyuk, dia mintak-mintak di bawa ke Daiso. Saya cakap lepas-lepas ni sajalah. Dia tak mahu nak juga ke Daiso sebab dah janji. Maka bangkitlah bapak dengan malasnya, capai jeans dan t-shirt menuju ke Jusco Maluri.

tengoklah antara barang yang dibeli. Semua tu RM5.00 sahaja.
Untuk guru lelakinya dihadiahkan tali leher, My girl siap
beritahu warna yang sesuai berdasarkan pemerhatiannya
pada baju cikgu tu...cerewetkan!
Dan akhirnya, inilah deretan bungkusan yang akan dibawa esok. Memang betul sikap anak saya ini, cuma saya saja yang berkira-kira dan malas. Berapa sangatlah wang yang dibelanja jika nak dibandingkan dengan jasa yang dicurah oleh guru-guru dalam mendidik dan membimbing anak saya. Kadang kala kita ni menolak yang besar kerana terhalang dek fikiran yang cetek.

cuma 6 orang guru saja yang mengajar kelasnya
SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH.

Wednesday, May 15, 2013

MAKARONI HABATUS SAWDA


Ini kali baik punya resipi, tak tahulah kalau pernah makan tapi ini first time saya masak, main pakai agak saja. Congak-congak rasa macam boleh masuk aja, saya pun mulalah masak. Macam yang LB bagi tahu dalam entri first dulu yg LB ni selalu masak untuk lunch lepas hantar anak ke sekolah. My girl anak kedua tu, dia transit di rumah after morning school. She will bring or having lunch at home before went to agama school. Jadi saya masaklah. Kesian kat anak, tambah-tambah LB ada masa.

Baiklah, menu ni saya buat sangat cepat dalam 30 minit preparation dan masak. Kalau campur tangkap foto, dia jadi sejam. Al-maklumlah nak kena garnishing dan pose dengan macam-macam gaya. kalau tidak, tak menariklah fotonya. Takdalah geram menengoknya. Kenapa habatussawda? sebab herba ni banyak sekali khasiatnya, ia disebut sebagai penawar segala macam penyakit. Kalau makanan arab, dia tempek kat roti. Nak makan begitu saja rasanya 'pedak' sikit jadi supaya dapat khasiatnya masukkan saja dalam masakan. Alhamdulillah anak saya makan tanpa sedar telah ditelannya habatus sawda ni.

Dengan ehsan blogger
Bahan-bahannya; 
4 cawan macaroni (masak 10 minit)

Bahan A ialah bahan tumis, masukkan 2 jenis bawang, halia kemudian tomato. 
Bila dah nampak tomato lembik dan keluar warna baru masukkan 2 sos tu
minyak zaitun
1/2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
8 biji tomato ceri - belah dua
2 sudu makan tomato sos
2 sudu makan cili sos
1 inci halia - ketuk saja

Bahan B ni dimasukkan selepas bahan A. Masuk dulu sosej kasi masak kemudian
masukkan yang lain tu. 
4 batang sosej - diparut/cincang
1/2 batang lobak merah - parut
1 biji lada benggala kuning - potong besar 
1 sudu makan habatussawda

Bahan di bawah ni untuk kasi rasa dan tambah kick.
garam
lada hitam
lada putih
oregano flakes
parsley flakes
kenal tak bahan-bahan ni. tentulah kenal .
 Kalau saya kenal apath lagi  maksik dan kakak
yang membaca ni.
nampak tak warna minyak bawang dan tomato dah
macam emas...itu isyarat utk masukkan sosej
this another pose! Comel tak Kak Ton?


Tuesday, May 14, 2013

ENAMEL ITIK COUPLE


Tengah semangat main blog ni, eloklah LB buat saja new post kan, nanti bila tiba musim mengawan, malas lah pula jadinya. Macam kebanyakan blog yang LB tengok, sampai ada berbulan bertahun tak update blog, dah bersawang jadinya. Minta maaf lah ya, LB ni buah cempedak luar pagar, mohon tunjuk ajar ya.
ni dia 3 biji besen .. merah menyala... memang haram nak pakai.
simpan takut lokah dia punya cat
Entri kali ini special sikit, tak ada gambar makanan, kesiankan Lady Windsor yang nak diet tu. Eloklah LB berpindah kepada salah satu kesukaan iaitu kumpul koleksi barang lama. Bukan antik tapi barang lama. Kalau antik tu, umurnya tentulah mencecah purba kan?. Tentu semua tahu istilah enamel yang merujuk kepada perkakasan memasak kat dapur. 
gambar ni alkisahnya dua itik bercium dibawah pokok teratai, comel tak?
Kalau kita masa kecik dulu, banyaklah barang enamel diguna, almaklumlah ianya murah dan tahan lasak. Ada juga orang panggil enamel ni sebagai ayan. Tapi kat kampung LB, kami panggil pinggan besi aja...dah memang dibuat dari besi cuma dicat aja. Tapi saya tunjuk besen nya aja...ada 3 biji yang kaler merah...merah yuu...bila tengok memang geramm
Yang ni pulak, couple itik ni dah bertentang mata...gaduh kot...biasalah
orang bercinta kan suka gaduh-gaduh...tapi comell takkk?
comel tak kak ton?
Kalau ikutkan koleksi barang besi ni taklah banyak, adalah LB belek blog-blog antik, tengok brapa mereka jual, dah jadi mahal harganya, tak sangka. Lagipun zaman sekarang mana orang nak pakai, simpan ajalah buat koleksi. Kali ni, LB tunjukkan dulu yang ini, lepas-lepas ni keluarlah yang grand-grand. Jangan risau. Cakap nak yang mana, yang tu? ada! Yang tu? ada! Jangan percayalah.

Untuk kawan-kawan yang ada koleksi antik tu, bolehlah share.


Monday, May 13, 2013

HARI IBU DI COZY CORNER

Logonya. Foto ni pun saya ambik dari blog yang tertera tu.
Al maklumlah segan nak bangun  and menangkap gambar. 
Semalam 12 Mei 2013, sambutan Hari Ibu di Malaysia. Walaupun ada bebarapa pandangan yang mengaitkan sambutan hari ibu dengan agama lain, tapi saya pikir apa salahkan kalau hari itu kita sambut dengan bawa famili berjalan ke, keluar makan ke, tak begitu?. Jadi kelmarin saya dan famili, 4 orang semuanya keluar rumah agak lewat. Sebabnya, tunggu anak habis kelas lepas tu saja lewat-lewatkan supaya dapat kami makan banyak-bayak. Jadi masa keluar tu memang tak ada plan, saya cadang itu, saya cadang ini. 2 anak saya nak McD saja, macamana tu?.
Ampang Park: Now and Then
Akhirnya saya pilih Cozy Corner Ampang Park. Tahu ke di mana Ampang Park tu? Kalau orang KL memang tahu lah, tapi di luar Lembah Klang saya fahamlah. Tapi ceritanya, Ampang Park ini adalah shopping complex pertama di Malaysia. Dibuka pada tahun 1968. Kalau dulu ia agak jauh sikit dari pusat KL kerana zaman dulu centre KL tu di Chow Kit. Tapi sejak KLCC jadi centre maka kompleks ni tak jauh cuma tambang RM1 saja naik LRT ke KLCC. Dekatlah tu.

Sesampai di Ampang Park, parking senang mungkin cuti hari Ahad kan, mendaki saja tangga nak ke Cozy,  ketat pandangan tak nampak muka pintu. Ramainya yang belum lunch ni, ingatkan kami saja. Tapi oleh kerana dah sampai maka beratur sajalah. Nasib baik kami cuma 4 orang jadi tak adalah lama nak menunggu macam yang datang 6-8 orang. Jadi kami dapatlah meja dulu. Nasihatnya lain kali jangan datang ramai-ramai.

Restoran Cozy Corner ni memang popular, tambah-tambah lagi ia adalah restoran konsep family ada macam-macam hidangan dari melayu, cina hinggalah western. Sayangnya tak ada indian cuisine. Restoran ni memang dah lama, malah deko dalamannya pun macam colonial punya kedai makan...macam kat coliseum cafe juga lah (sedap juga western kat sana tu). Orang kenamaan, orang besar kerajaan, selebriti kebanyakaannya makan di sini. Bukanlah maksud orang biasa tak layak tapi maksud saya, itulah ukuran popularnya tempat ni. Harga dia pun berpatutan. Bolehlah sekali sekala untuk special event macam hari ibu ni.
Asam Pedas Siakap. Sedap. Istimewanya, hidangan ini seperti
asam pedas nyonya dan dimasak bersama nenas. Memang kick lah
Ayam goreng kacang gajus. Ini my favourite.
Kalau makan sini  LB tak pernah miss.
Rasanya manis dan pedas.
Taugeh dan ikan kering atau nama
 oghang putihnya Beansprout with salted fish
Ini masakan paling cincai.
Tukang masak main campak campak aja ni.
Cozy gunakan ikan masin kurau sebab isinya panjang
 dan digoreng garing. 

Ini namanya Beancurd with crabmeat.
Sedap juga ni. Kalau diet boleh makan ini saja
 pun dah kenyang. Masak dengan cornflour
 yang buat teksturnya likat.
boleh hirup sampai licinlah

Ini spring chicken goreng. Tak dihidang dengan sos.
LB saja order ayam ini sebab anak sulung
 tu protein diet, jadi nak makan lauk saja.

Setiap bermula mesti ada akhirnya.
So kami tutup  sesi melantak Hari Ibu
 dengan dua mangkuk ini.
Pisang Kangkang terjemahannya banana split.
 Saya rasa banana split sedapnya tergantung
kepada gabungan jenis aiskrim dan masak atau tidak pisang 

Buat ibu-ibu yang membaca entri ni, saya ucapkan Selamat Hari Ibu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...